Sabtu, 27 Februari 2010

Misi (Edisi membebel untuk diri)

Aku ada misi.

Iaitu, misi kumpulkan dak data gadis-gadis puteri 4&5sc-1. (Eh, ada yang dah tak gadis). Kalau boleh nak buat re-union masa kenduri syifak nanti. Putra? Biar la. Malas nak fikir. Ideologi feminism. Hehe.

Tak ramai mana. 17 orang je pun. Tolak 2 yang dah jadi Mrs. Yang ni aku dah ada contact. Ada lagi 15 yang kena cari sampai lobang cacing. Haiya..

Ada sorang ni. Dia ambik engineer kat UIA. Aku semangat ke sana nak jumpa die. Boleh tak die jawab, TAK NAK. Aku ingatkan pasal apa. Rupanya nak study. Aduhai. Aku dah sampai marhalah dia kot. Tinggal nak cari bilik mana je tu. Alahai, kawan aku sorang ni. Dari sekolah sampai ke uni perangai tak ubah. Haha. Dengar-dengar die selalu dapat empat rata. Tak pe lah. Janji engko bahagia. Kurang-kurang ada no tel, jadi la.

Tolak si budak engin itu, tinggal 14. Eh, tolak diri sendiri dan Basyirah, dah 12. Yipee..Owh, Farhana, sekarang buat master kat USM, jadi senang nak jumpa dia. Tinggal 11. Mari kita list sapa yang tertinggal.

Hassyati-Medic Indon . KIV kejap ni.
Eliza-dah add fb kakak die, will reach her soon
Syahirah-ni dah ada YM dia
Ijah-dah ada no tel die
Kak Chik (dah ada YM + no tel)
Syafiqah-tanya geng BADAK sure ada no tel dia ni.
Wajihah-Missing in action -tp, dulu dengar dia buat Farmasi USM.
Hamiza-dah add fb
Sumayyah-dah ada YM
Fathiah-dah add fb
Zafirah-Missing in Action. Tak pe haku google nama ko. Walaupun da lupa binti apa.

Ok. Aku benornya hampir lupa misi ni, sampai la si Puan Syifak tu ingatkan. Dah lama rancnag, sejak 2 bulan lepas kot. Cet. Semangat aku nak raikan walimah dia bulan 6. Huh! Walimah si Puan Shamila 13hb Mac ni. Harap ada kesempatan nak pergi sana. Haha. Aku dah nak kembali ke utara ni, ada kerajinan la nak rancang bagai. Huh, harapnya tak hangat-hangat taik ayam.

Ni baru kelas tingkatan 4. Kalau nak buat reunion untuk sahabat tingkatan 3 Ikhlas dulu, mau haru hidop. 40 orang, beb. Nak cekau mana? Ada kat meset, ada kat Undia, ada kat Ostolea. Ada yang dah kawen. Dengan public figure pulak tu. Ada yang dah tonang. Adoi, karang, aku yang single ni jugak la yang kena buat jejak kasih sorang-sorang. Ah, takde maknanya.

Sekian.

**Aku rasa aku ada silent reader yang aku tak pasti siapa lah. Agak kurang selesa kerana memikirkan 'kemungkinan' itu.

p/s: ada je gambar 2 pengantin tu. Tapi, tak pe la. Bukan untuk aku publish kan. Satg kena piat telinga. Haha

3 ulasan:

puteri 5SC 1 berkata...

Assalamualaikum adliah..

smg sihat2 sj..ni shafiqa.excited kali ni bila baca post adliah pasal puteri2 5SC 1..wajihah,zafirah & eliza,shafiqa ada nom phone dia.alhamdulillah msh contact dgn dua org ni..Syifa' dah kawen ka?hr tu smpat pi akd nikah shmila..smg ada rezeki nak pi walimah dia pulak.blh jmpa ramai2 kat sana.

alia berkata...

hehe..kak lin ada blog tak?

kak lin berkata...

prnah ada..tapi dah xingat apakah passwordnya..buat sbb dipaksa buat..jd xjalan la blog tu..