Ok la. Aku bermurah hati nak menulis pasal kahwin untuk entri kali ini. Tambahan lagi, aku tak pergi kenduri Imah di Kelantan esok. [sementara tunggu yan sampai stesen Angkasapuri dr Bangi]
Aku tak ada banyak pengalaman tengok rakan sebaya yang dah kawen. Ada yang dah kawen, aku tau-tau dah masuk anak no 2. Tapi, sempat juga la aku temu ramah beliau apa rasa kahwin awal.
Dia jawab, kalau tak ada keperluan atau persediaan baik tak usah. Aku setuju. Kahwin awal ni, bagus kalau ada perancangan yang baik. Dan, aku tengok ramai senior aku yang kahwin sebaik sahaja grad. Aku pun tanya la, lepas ni nak dok mana? Nak buat apa?
Jawapan mereka: Entah la. Tak tau lagi. Dok asing-asing lagi kot. [Jadi, apa maknanya itu?]
Tak kira lagi yang bertunang.
Soalan: Ni nak kawen bila ni?
Jawapan: Entah la. Bila ada duit sikit.
Soalan: Loh, kalau gitu, buat apa tunang?
Jawapan: Nak ikat je.
Kesan: Bertunang lama(lebih setahun). Bertunang macam tu bukan kasi hati tenang, lagi berserabut ada la.
Jadi, ada baiknya hidup single. Tidak terikat. Hati ada susah hati sikit la.. Tapi, senang hati yang banyak. Cover dengan doa banyak-banyak semoga jumpa teman hidup yang beriman dan serasi dan yang boleh bimbing hidup, dan, dan, dan [tambah sendiri la]
Tak semestinya nak kena alami sendiri, baru nak merasa. Tengok pengalaman orang pun, sepatutnya pandai-pandai ambil iktibar. Rancanglah baik-baik kehidupan anda. Semoga berguna buat, agama, negara, keluarga dan diri sendiri pada akhirnya.
p/s: aku nak kawen pas setel master la. boleh?
2 ulasan:
haha..klakar la kamu nih..
anda akn tau masanya bila masa anda telah tiba.. dan saat itu, kamu rasai lah sendiri..huhu =p
moga ketemu dgn yg t'baik..!! doakan saya juga..
=)
Oh, sungguh dalam makna kata2mu. Saya doakan pilihan kamu adalah yang tepat hingga akhirnya.
Catat Ulasan