Rabu, 31 Mac 2010
Kuning
Don't expect me to write more.
Malas dah nak senyum-senyum.
Lantak la korang tengok muka masam aku nih.
Ahad, 28 Mac 2010
Perempuan
Sabtu, 27 Mac 2010
Tolong jangan ambil!
Jumaat, 26 Mac 2010
Rajin dalam malas
Dalam fasa bosan. Konon-konon tak ada kerja nak kena buat. Tak ada kerja sekolah nak dilangsaikan. Tak ada buku nak dibaca.
Aku bosan. Aku sahaja perempuan dalam makmal ini. Pada siapa untuk diajak berbual kosong. Haih~
Pak Mustam tengah vidoe chat dengan isteri di Indon sementara menanti analisis beliau selesai. Si mamat cina belakang aku ni (lupa nama apa) sibuk dengan fesbuk + analisis docking beliau. Si Yusuf (mamat phd baru dari Indon) pula giat mencari calon-calon perotein untuk drug design beliau. Si Belal (si janggut dari Yaman-Phd) sibuk dengan portal-portal beliau. Ali(haha, jangan main-main, aku ada kembar kat sini) pula tampak rajin dengan melakukan aktiviti berfaedah di sana.
Aku ni ha. Bukan tak ada jurnal depan mata. Tapi, malas. Konon, baca tak masuk kepala. Ah, alasan sahaja, kan? Kalau tak dipaksa manakan ada hasilnya.
Hendak seribu daya, Tak nak seribu dalih.
Jangan bertangguh lagi. Nanti, sedar-sedar dah kembali ketemu Isnin. Hasil tetap sama. Sifar. Ok, Adliah. Tinggalkan blog ini.
Kata Adliah dengan yakin, " Ye, baiklah!"
Sekian.
Wassalam..
p/s: Maaf jika anda rasa entri entah apa-apa. Memang mengarut gila pun. Mode: Tak ketahuan punca.
Khamis, 25 Mac 2010
Tengah rajin + semangat
Ada 3 kisah.
-----------------------------------------------------------------
Kisah 1:
Kisah budak baru 2 kali jejak kaki ke Pulau Mutiara. Beli tiket bas untuk turun kat Sg. Nibong. Alih-alih kena halau turun kat Butterworth jam 4.30 pagi. Tercangak-cangak tak tahu nak ke mana. Ah, tak pe. Kurang-kurang catat sejarah naik feri jam 5.30 pagi. Ada klas tak?
3 mamat bangla jakun macam aku pertama kali naik feri dengan sorang apek. Takut org kutuk aku jakun gak, sorok-sorok amik gambar..Hihi.
Kisah 2:
Jangan salahkan aku, pasal ambik posing gile sopan. Salahkan org sebelah. Dengan die, aku otomatik jadi gitu.
Ye, baik. Tepat tekaan anda. ramai pandang kami 2 kali pasal warna2 baju.
Jalan berjam-jam, beli 6 ketul je.
Tekan sekali je!
Kisah 3:
Aku sedang memujuk hati yang lara. Selawat banyak-banyak. Moga tenang jiwa.
Wassalam.
Selasa, 23 Mac 2010
Updet pendek
Satu waktu amalkan 20X istghfar.
5x dah dapat 100 sehari.
sifir mudah tapi nak amal tak seberapa mudah"
Sabtu, 20 Mac 2010
Saya suka cokolat.
Rabu, 17 Mac 2010
Beberapa perkara (2)
Perkara 2: Muka semakin 'chubby'
Perkara 3: Motivasi menurun hampir 30% berbaki.
Perkara 4: ---
Perkara 5: Cepat lah tiba Jumaat.
Sekian. Maklum.
Wassalam.
Isnin, 15 Mac 2010
Beberapa perkara (1)
Sabtu, 13 Mac 2010
Entri tiada pekdah
Jumaat, 12 Mac 2010
B-S-U-R-S-I-C-U-S-U-R
Be As You Are As I See You As You Are.
Ada yang bertanya mende ni. Itu la jawapan dia. Haha. Yang ni aku dapat masa sekolah rendah. Tengok balik gambar-gambar yang kena tag dalam fesbuk, memang aku rindu habis.
Gambar comot-momot dulu. Best juga.
Teringat juga, cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Bolhi. Dia selalu kata gini. "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah". Betul tak? Aku pegang mende tu sampai sekarang. Hakikatnya, aku lebih ingat ajaran cikgu-cikgu sekolah rendah berbanding menengah. Haha. Apa dah jadi?
Juga, Cikgu Faridon bin Tony. Pelik-pelik jugak nama-nama depa. Dulu tak perasan. Tapi, sekarang bila recall balik rasa pelik. Cikgu ni la yang buat kami kena berdiri dalam kelas selama sejam pasal kelas tak berapa bersih. Dan juga berjaya buat mereka-mereka yang liat nak hafal sifir, terus hafal dalam tempoh kurang sebulan. Tengok je dia dari jauh, kami pakat menyorok. Tak nak berselisih. Tapi, apakan daya. Beliau sangat prihatin. Kami takkan berjaya larikan diri daripada rotan beliau. Masa tu, rasa cikgu ni la paling tak bagus. Kanak-kanak. Tahap mana sangat nak menilai baik buruk.
Seronok juga, 2 minggu lepas hang out dengan kawan-kawan sekolah rendah. Kali jumpa pun masa tingkatan 1. Memang nostalgia habis.
Ok la. Setakat ni je dulu. Kalau bercerita pasal kenangan ni, takkan habis.
Jangan lupa solat awal waktu.
Wassalam.
[aku menyahut kempen kawan aku nih. Berubah jadi baik]
Rabu, 10 Mac 2010
Update sikit
Assalamualaikum,
Jangan marah kita. Ni, update langsung dari makmal. Ngantuk ni. Kejap tadi dah blur satu fasal dengan belajar cara-cara nak set up server. Guna Linux. Kita jadi terponggeng-ponggeng barang beberapa jam. Ni pun, belajar tak sudah lagi. Esok sambung semula.
Kita tengah ada banyak masalah. Tapi, masalah nya, Kita dah malas nak fikir masalah-masalah tu. Biarkan je la selesai pelan-pelan. Bukan apa, dah penat. Masalah, bila nak balik KL dapatkan slip-slip apa yang ptut. Masalah nak daftar, bila masa yang tepat. Masalah fikir mana char kuew tiaw yang sedap la. Sebab sama je rasa macam char kue tiaw kat KL. Tu, belum campur masalah hati, masalah mata suka ngantuk, masalah kenapa Penang ni alami kesan bayu malam la. Banyak kan, masalah kita?
Kita mengantuk ni.
Semalam kita tengok cerita Hindustan. Kita terlepas usrah online kita. Lupa betul la. Haih. Kita approve je masuk conference tu. Ingatkan meeting. Rupanya usrah. Maaf la ye.
Kita dah dapat projek master dah. Bukan saja-saja nak taip sini. Tapi, orang-orang yang selalu masuk blog ni selalu tanya dalam YM. Malas la nak taip sat-satu. Kita kena cari database dan analisis kesemua receptor antibacteria dalam badan manusia.
Receptor dalam badan manusia je ada 654. Tu yang dah dikenalpasti. Agak-agak, daripada 654 tu, berapa la yang antibakteria? Tu la, yang kita kena cari satu-satu. Lepas tu, dah ada antibateria, sah-sah la ada antibiotik kan? Ha, tu la yang kita kena buat. Setakat ni la yang kita faham, apa yang kena buat. Entah betul ke tak. Banyak yang kita dah lupa. Bila depa sebut mende pelik2 sikit, mula la nak kerut kening. Tapi, rupanya semua tu dah belajar.Cuma, lupa je. Teruk kan kita? Kan?Kan?
Kita da kena baca buku tebal-tebal balik ni. Ok la. Bila-bila sambung lagi kalau rajin. Ngantuk.
Wassalam.
Jaga hati, jaga akhlak.