Ahad, 7 Mac 2010

Alahai..

Saje je update ni. Banyak kerja sebenarnya. Baru balik dari KL angkut barang-barang dari rumah sewa. Penuh satu kereta. Esok dah bertolak ke Penang. Beg bawa ke sana tak kemas lagi ni. Banyak sangat barang sampai tak tahu nak mula dari mana.

Rasa menyesal pun ada tak ambil MAS. Saje je la, mak dan along membakar aku kejap tadi. Kasi menyesal tu berganda-ganda. Adeh. Dengan lupa bawa coklat untuk orang rumah sewa. Apa la nak jadi dengan ko ni Alia.

Selalu lupa. Lupa kunci la, lupa nak tutup api bila nak panaskan lauk la. Bukan saja nak lupa tau. Cuma nye, fokus tak boleh diganggu. Tengah berkemas, tiba-tiba barang hilang, dok mencari-cari barang hilang tu, dah lupa barang yang penting yang nak bawa. Aku rasa aku ni berpenyakit la. Ermm...

Ni pun nak bawa barang banyak-banyak. Mana tau rancangan nak dok sebulan kat sana terlajak sampai 3 bulan baru balik Seremban.

Hoho. Kengkawan pesan. Makan char koew tiaw Penang jangan lupa kat depa. Haha. Gaya macam aku dok obesi je la. Memang obesi apa...Naik flight ooo...Haha.. benggong hang ni. Aik? Terkeluaq dah loghat Utara?!

Cuak pun ada sebenarnya. Hoho. Aku cuak bila mengenangkan kena dok bilik sorang-sorang. Pempaham la kan, asrama. Alahai. Teringat drama-drama seram tiap khamis, 9 malam, tv3. Cerita yang orang kata tak seram langsung tu pun, aku boleh tengok ikut celah jari. Hai, tak boleh. Aku stail manusia suka bayangkan.

Dah melalut banyak dah ni. Barang tak kemas lagi. Bau kari ayam dah semerbak dah ni. Tunggu lagi...Ok..ok..

Nak makan..

Wassalam..

JAGA HATI, JAGA AMAL (pesan Samihah itu hari, saje tulis sini mengingatkan)
-------------------------------------------------------------------------------
Ok, tambah sikit entri ni.

Terus terang. Sejak siang tadi lagi.

Dah tension dah nih. Sebu perut semua. Cuak. Tak tipu. Pasal tak dapat nak bayang apa akan jadi esok. Kemas beg pun tak kena. Asyik bawa keluar baju, masuk. Bawa masuk balik. Arghhh...


Tiada ulasan: