Aku memang terkenal di kalangan kawan-kawan sebagai tempat nak tanya pasal kawan-kawan yang lain. Huhu. Pendek kata, nak tahu gosip-gosip.
Ok.
Siapa-siapa yang baca entri ini adalah kawan-kawan satu batch aku masa Maktab Mahmud dulu, minta tolong doakan dan solat hajat mohon agar sahabat, Nurul Fadhilah Sudin terlepas dari musibah. Semoga dia dapat menempuh tempoh 'pregnancy' yang berbaki lagi 3 bulan ini dengan selamat. Nak tahu lebih lanjut, PM sahaja aku. (pregnancy dalam melayu apa ha?)
Juga,
Buat sahabat adik beradik Kolej 3,UM. Doakan Ismah Myidin sembuh dari pembedahan semalam. Semoga sembuh tanpa sebarang kesan sampingan, supaya boleh teruskan pengajian. Cepat-cepat sikit grad.
Ya Allah, selamatkan lah mereka.
2 ulasan:
pregnancy = kehamilan
hehe (^__^)
huh..terima kasih..puas ku berfikir..ingat nak tulis kemengandungan dah tadi..
Catat Ulasan