Assalamualaikum,
Jangan marah kita. Ni, update langsung dari makmal. Ngantuk ni. Kejap tadi dah blur satu fasal dengan belajar cara-cara nak set up server. Guna Linux. Kita jadi terponggeng-ponggeng barang beberapa jam. Ni pun, belajar tak sudah lagi. Esok sambung semula.
Kita tengah ada banyak masalah. Tapi, masalah nya, Kita dah malas nak fikir masalah-masalah tu. Biarkan je la selesai pelan-pelan. Bukan apa, dah penat. Masalah, bila nak balik KL dapatkan slip-slip apa yang ptut. Masalah nak daftar, bila masa yang tepat. Masalah fikir mana char kuew tiaw yang sedap la. Sebab sama je rasa macam char kue tiaw kat KL. Tu, belum campur masalah hati, masalah mata suka ngantuk, masalah kenapa Penang ni alami kesan bayu malam la. Banyak kan, masalah kita?
Kita mengantuk ni.
Semalam kita tengok cerita Hindustan. Kita terlepas usrah online kita. Lupa betul la. Haih. Kita approve je masuk conference tu. Ingatkan meeting. Rupanya usrah. Maaf la ye.
Kita dah dapat projek master dah. Bukan saja-saja nak taip sini. Tapi, orang-orang yang selalu masuk blog ni selalu tanya dalam YM. Malas la nak taip sat-satu. Kita kena cari database dan analisis kesemua receptor antibacteria dalam badan manusia.
Receptor dalam badan manusia je ada 654. Tu yang dah dikenalpasti. Agak-agak, daripada 654 tu, berapa la yang antibakteria? Tu la, yang kita kena cari satu-satu. Lepas tu, dah ada antibateria, sah-sah la ada antibiotik kan? Ha, tu la yang kita kena buat. Setakat ni la yang kita faham, apa yang kena buat. Entah betul ke tak. Banyak yang kita dah lupa. Bila depa sebut mende pelik2 sikit, mula la nak kerut kening. Tapi, rupanya semua tu dah belajar.Cuma, lupa je. Teruk kan kita? Kan?Kan?
Kita da kena baca buku tebal-tebal balik ni. Ok la. Bila-bila sambung lagi kalau rajin. Ngantuk.
Wassalam.
Jaga hati, jaga akhlak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan