Jumaat, 12 Mac 2010

B-S-U-R-S-I-C-U-S-U-R

B-S-U-R-S-I-C-U-S-U-R

Be As You Are As I See You As You Are.

Ada yang bertanya mende ni. Itu la jawapan dia. Haha. Yang ni aku dapat masa sekolah rendah. Tengok balik gambar-gambar yang kena tag dalam fesbuk, memang aku rindu habis.

Gambar comot-momot dulu. Best juga.

Teringat juga, cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Bolhi. Dia selalu kata gini. "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah". Betul tak? Aku pegang mende tu sampai sekarang. Hakikatnya, aku lebih ingat ajaran cikgu-cikgu sekolah rendah berbanding menengah. Haha. Apa dah jadi?

Juga, Cikgu Faridon bin Tony. Pelik-pelik jugak nama-nama depa. Dulu tak perasan. Tapi, sekarang bila recall balik rasa pelik. Cikgu ni la yang buat kami kena berdiri dalam kelas selama sejam pasal kelas tak berapa bersih. Dan juga berjaya buat mereka-mereka yang liat nak hafal sifir, terus hafal dalam tempoh kurang sebulan. Tengok je dia dari jauh, kami pakat menyorok. Tak nak berselisih. Tapi, apakan daya. Beliau sangat prihatin. Kami takkan berjaya larikan diri daripada rotan beliau. Masa tu, rasa cikgu ni la paling tak bagus. Kanak-kanak. Tahap mana sangat nak menilai baik buruk.

Seronok juga, 2 minggu lepas hang out dengan kawan-kawan sekolah rendah. Kali jumpa pun masa tingkatan 1. Memang nostalgia habis.

Ok la. Setakat ni je dulu. Kalau bercerita pasal kenangan ni, takkan habis.

Jangan lupa solat awal waktu.

Wassalam.

[aku menyahut kempen kawan aku nih. Berubah jadi baik]

Tiada ulasan: