Perempuan ni suka fikir banyak.
Perempuan ni suka perasan sendiri.
Perempuan ni, kalau hal-hal yang dah lepas memang ingat gila.
Perempuan ni, attention seeker.
Perempuan ni, hal-hal remeh pun selalu fikir sebagai 'a big sign'.
Cuba korang tgk movie "He's Just Not That Into You". Dalam cerita ni, perempuan suka fikir kalau lelaki cari pasal dengan dia, tu tanda lelaki tu suka ke dia. OMG!
Perempuan ni, baju penuh almari pun kata, "Tak tahu la nak pakai baju apa,"
Perempuan ni, boleh berubah mood 3-4 kali dalam sehari. Pasal tu la talak tak leh kasi kat dia.
Aku suka akan motto sorang kawan aku ni," Berkawan macam perempuan, berfikir macam lelaki,".
Lepas ni, jom kita banyakkan baca buku idola-idola ummul mukminin tentang cara-cara nak jadi perempuan yang betul. Kurang-kurang lah perangai yang tak perlu tu. Dan, sekurang-kurangnya juga, salurkan perangai disebut itu untuk perkara-perkara yang bersabitan sahaja. Ini ingatan untuk diri sendiri, sebenarnya. Menulis untk diri sendiri.
[macam mana la abah sabar dengan 3 perempuan dalam rumah. terutama sorang tu yang asyek suruh pos Nabilla cepat-cepat ke Penang. hikhik]
Sekian sahaja, untuk hari minggu yang sorang-sorang ini.
Wassalam..
Jom, study balik!
Rindu gak kat rumah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan