Jumaat, 26 Mac 2010

Rajin dalam malas

Selamat hari Jumaat, semua!

Dalam fasa bosan. Konon-konon tak ada kerja nak kena buat. Tak ada kerja sekolah nak dilangsaikan. Tak ada buku nak dibaca.

Aku bosan. Aku sahaja perempuan dalam makmal ini. Pada siapa untuk diajak berbual kosong. Haih~

Pak Mustam tengah vidoe chat dengan isteri di Indon sementara menanti analisis beliau selesai. Si mamat cina belakang aku ni (lupa nama apa) sibuk dengan fesbuk + analisis docking beliau. Si Yusuf (mamat phd baru dari Indon) pula giat mencari calon-calon perotein untuk drug design beliau. Si Belal (si janggut dari Yaman-Phd) sibuk dengan portal-portal beliau. Ali(haha, jangan main-main, aku ada kembar kat sini) pula tampak rajin dengan melakukan aktiviti berfaedah di sana.

Aku ni ha. Bukan tak ada jurnal depan mata. Tapi, malas. Konon, baca tak masuk kepala. Ah, alasan sahaja, kan? Kalau tak dipaksa manakan ada hasilnya.

Hendak seribu daya, Tak nak seribu dalih.

Jangan bertangguh lagi. Nanti, sedar-sedar dah kembali ketemu Isnin. Hasil tetap sama. Sifar. Ok, Adliah. Tinggalkan blog ini.

Kata Adliah dengan yakin, " Ye, baiklah!"

Sekian.

Wassalam..

p/s: Maaf jika anda rasa entri entah apa-apa. Memang mengarut gila pun. Mode: Tak ketahuan punca.

Tiada ulasan: