Rabu, 25 Ogos 2010

Kongsi ilmu

Hari ni aku nak berkongsi sesuatu.

Pasal ilmu. Lumrah manusia, semakin banyak ilmu, semakin mendabik lah dada nya. Benda-benda macam ni, nampak macam tak nampak, macam semut api, kecik, tapi sakit oo...

Contoh situasi:

Si A bercerita pada si B. Berkenaan apa yang dia baca, ada pokok phylogeny. Bla..bla..bla...

Si C (senior) datang, dan berkata....

"Hang tunjuk tu pasal vector lah,"

Si A terpinga-pinga, dan bertanya,

"Kenapa pulak? Sini dia tunjuk + tulis pokok phylogeny. Mari lah sini tengok. Betul ke salah dia tulis,"

Si C menjawab,

"Hang ni tak baca banyak lagi,"

Dan si C terus berlalu dan meninggalkan si A dan B termanggu-manggu.

Si A tak puas hati, dan terus mencari-cari. Rupanya si C nampak dari jauh bentuk bulat-bulat tu dan terus kata apa yang si A kata itu adalah salah. Padahal nampak je sama, tapi berbeza.

Pengajaran:

Jangan contohi sifat di atas. Jangan besar kepala bila kita ada ilmu lebih sikit dari orang lain. Bila orang kurang pengetahuan dari kita sikit bertanya, jangan mudah kondem kan dia. Nanti, boleh mematikan rasa ingin tahu dan bertanya orang tu.

Tiada ulasan: