Ahad, 29 Ogos 2010

Sekejap..sekejap..[mak aku dok panggil buat biskut..adeh]


Aku masih kosong. Amalan kosong. Fikiran kosong. Ermm.....Aku sendiri tak faham akan perkembangan diri. Sekadar, menikmati cuti 5 hari, tanpa sebarang fikiran yang memberatkan. Ah, hal makmal dan master tu, balik makmal nanti baru nak difikirkan strategi..

Ok...ok..semalam aku memang buang tebiat. Orang bulan puasa bangun qiam. Aku boleh stay tengok cerita Korea. Memang tebiat, sungguh la...

Ada 70 episod okeh, 8 DVD....Gila lah. Aku cerita Korea normal tu pun, tak pernah nak tahan sabar untuk tengok 16 episod satu persatu ikut tertib. Kire cerita ni, aku bersabar untuk 3 DVD pertama memang dah syabas. [Ok..ok..lepas tu aku terus skip DVD terakhir..tak tahan beb].

Pendek kata, aku mendapat kutukan daripada ahli keluarga yang lain. Pasalnya? Sejak dari kecik aku suka tengok cerita klasik. Gelaran depa, 'cina kepala botak', tapi untuk versi Korea, depa bagi gelaran 'cina rambut lilit'.

Ada masa, tengok la ye. Malas nak komen, tengok sendiri la ye. Tapi, cerita ni, I like!

Tiada ulasan: