Rabu, 4 Ogos 2010

Tiada pengisian.

Selamat pagi Rabu.

Entah kenapa tahun ni, aku rasa cepat sangat masa berlalu. Masih terasa macam baru Januari. Ok. Aku tahu ia agak melampau.

Sedar-sedar batch baru pulak dah konvo hari ini. Rasa macam baru bulan lepas je sendiri konvo.

Semalam, waktu petang-petang, sembang-sembang, berlaku lah sedikit arguement.

Isu: konvo. Sejauh mana anda menghargainya?
Ahli panel: 3 orang. 2 vs 1. Kira aku tergolong dalam 2 orang yang tak berapa nak teruja sangat dengan konvo ini.

Alasan?
1. Hidup bermula balik dengan sifar selepas kehidupan degree. Kena cari kerja. Tak pun buat sesuatu untuk kehidupan. Kerna ijazah bukan titik kehidupan, ia hanyalah salah satu babak dalam mencapai destinasi.

2. Sejauh mana kita guna sangat sijil ijazah tu? Dalam kes aku, sijil itu bukan faktor utama dalam perjalanan aku sekarang ini. Bukan nak kata tak heran sangat, ye lah kan, kalau tak dak ijazah muda, macam mana nak sambung sarjana. Sijil itu kira nak cukup syarat. PR adalah diutamakan.

3. Tak ada apa nak dibangga dengan ijazah tu. Masuk universiti bukan suatu yang pelik dan jarang-jarang berlaku sekarang ni. Kalau ditanya, apa yang dibelajar pun masa degree dulu, aku yakin dan pasti ramai tergagap-gagap jugak nak jawab. Masuk alam kerja macam-macam tak reti. Aku tak kutuk orang ni. Aku sendiri dah alami.

Perasan jugak. Akhir-akhir ni, aku ni dah sedia kasar, koi makin kasar la pulak. Ayat tak ada lapik-lapik. Minta maaf la buat kawan-kawan bila baca entri akhir-akhir ni, timbul dalam hati "Kenapa dia ni?"

Sekian.

Doakan aku berubah jadi lebih baik. Sekian.

"Berilmu. Beriman"

p/s: Perhatian! Pelajar attachment dari Jepun itu agak kacak. Jalan-jalan sambut senior terima skrol phd, rasa nak semangat nak cepat-cepat selesaikan master..huhuhu

Tiada ulasan: