Rabu, 18 Ogos 2010

Sekolah hidup|1

Aku rasa,

Untuk lebih memahami insan-insan disekeliling kamu, jalan terbaik adalah kurangkan bercakap, banyakkan mendengar. Dan oleh sebab itu Allah bagi satu mulut dan sepasang telinga.

Aku takut,

Lebih banyak aku bercakap, lebih banyak kesalahan.

Aku yakin,

Berundur itu tiada menandakan kamu kalah. Berundur untuk kebaikan. Mengalah tak menandakan kamu salah.

Oh ya. Akhir-akhir ini aku banyak belajar teori psikologi..[maklumla, serumah ngan orang amek education].

Katanya, perkara-perkara yang kita fikirkan [berangan] sebelum tidur, akan diproses oleh otak dalam situasi pemikiran separa sedar. Aku cuba kaitkan dengan muhasabah sebelum tidur. Supaya esoknya, kita boleh menghadapi hari dengan tenang. Dan setiap hari yang dilalui dimulakan dengan permulaan yang segar [nak taip dalam BI, tapi tak nak rojakkan bahasa].

Teruskan untuk bermotivasi mengejar impian hidup!

::Rindu::
Pasangan bahagia ini...

yang pakai tudung pepel ni selalu mengaku dia ini anak no 2. adoi la


almari semak ini...


2 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

wah wah.. your post ni macam relate sgt dengan artikel dalam solusi no.22, Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan.

~eheh, bagus lah tu.. duk jauh dari rumah baru hg belajar cmner rindu.

alia berkata...

haha..dah lama lupa erti rindu.