Memang tebiat la aku ni ha, buang masa.
Dengan Isnin depan kena ada present, tambah pulak bulan-puasa-kena-kejar-buat-amal-ibadat.
Tapi, apa la yang engko buat ni? Menaip tak ketahuan hala.
Sambil-sambil baca belog tak ketahuan hala, gelak sorang-sorang. Ok, aku tengah bosan seorang diri dalam rumah ni.
Memang tebiat la, dok sorang-sorang. Sambil terkebil-kebil memandang siling. Ermmm...ada sawang la....Pandang lantai, eh, berdebu bagai.
Tanda-tanda harus berbuat sesuatu.
Tapi, kejadian itu berlaku sejak 2-3 hari lalu, dan berterusan hari ke hari. Aku terus berangan dan berangan, macam la sawang semua tu boleh ilang....
Tak boleh jadik nih... Nak mengaji, umoh kena bersih!!!!....
Ok....aku bergerak sekarang, juga. Malam-malam pun tebiat gak p mop rumah. Nak main mesej ngan akak aku, dia tak layan kanak-kanak macam aku ni...Macam ni la...
Okay, sambil-sambil dengan lagu ni pun, feel dia layan~
p/s: kemas-kemas sambung esok je, pasal step pertama adalah mencairkan ais yang dah memenuhkan 3/4 peti ais. hakhak..jangan kutuk..ye, aku memang pemalas!
3 ulasan:
dan juga.. belajar lepas 10Ramadhan mula mndengar lagu2 raya.ngahaha!
sy sudah mula rasa inferior sejak bergelar student master.. hua3..
sarah: kite kan berada di perantauan..layan la kan, feel tersebut..
awanis: saya memahami perasaan anda. nak2 kite kerja lagi..naluri kemalasan itu selalu timbul. tapi, mengenangkan kerja melambak, rasa nak layan malas itu takut-takut..hehe
Catat Ulasan