Salam.
Sepanjang hari saya berpinar mata menghadap sesuatu yang bernama grid-computing. Ini baru basic. Adoi la....Saya sungguh ketaq mengenangkan Jumaat depan, semua aplikasi ini perlu berjalan semasa presentation. Owh, ketar lutut ku tak terkira.
Saya cuba meng'install' globus. Globus ini adalah sebuah middlewear yang mana kita membenarkan pihak luar mengakses aplikasi grid di pihak kita dengan menghasilkan sebuah certificate digital.
Setelah dibaca dan dikaji, sebelum meng'install mende alah ini saya perlu menginstall perkara lain. Bak kata manual, software requirement katanya. Maka, saya rasa sekarang ini jalan terhuyung-hayang. Saya tak tau nak tanya siapa dalam makmal ini kerana mereka semua tak ada basic sains komputer.
Maka, ketahuilah. Jurusan sains komputer adalah sesuatu yang sungguh membanggakan jika anda mampu memilikinya. Kursus mereka sungguh sukar. Rasanya modelling biology tidaklah sesusah itu.
Baiklah.
Itu sahaja memandangkan kepala saya sudah gelong.
Beginilah rupa proses-proses meng'install'. Owh, jiwaku merana.
1 ulasan:
aliah. aminah sains 3 dulu tu ambik kejuruteraan komputer..la ni pun dia dok gheja bhgian tu..bila2 ada masalah, try la tnya dia kot2 dia blh tlng
Catat Ulasan