Ahad, 22 Ogos 2010

Jadi bahan gak aku ni

Penat-penat menaip presentation esok, sekali tersilap tekan, terpadam. Allahuakbar! Memang bikin hati panas. Sila selak-selak Quran.

Ok-ok. Berenti sejenak bersama belog.

Aku teringat sketsa dalam makmal tempoh hari.
**********************************************************************

Alia: Nak buat macam mana, saya dah tak dak rumet...

Encik A: Tu la, orang suruh kahwen, tak nak.

Alia: Loh, kalau kahwin setakat nak ada teman, esok juga saya buat iklan bilik kosong.

Encik A: Banyak bezanya housemate dengan soulmate ni....

Alia: Ada beza ke?

Encik A: Ada. Banyak sangat. Mende mudah. Mak kamu, kalau tak puas hati yang ayah kamu, agak-agak, dia bebel tak?

Alia: Eh, mestilah...

Encik A: Ha, kamu, kalau housemate malas nak sapu rumah, agak-agak ada kamu nak bebel macam tu?

Alia: Errr....

Encik A & Encik B: Kahkahkahkah....

p/s: Encik A&B adalah pak cik beranak 4..Tehee...

Tiada ulasan: