Nak tulis apa ha? Memang aku sedang membazir masa untuk menaip entri tiada faedah.
Serius, tak ada idea sungguh. Bukan setakat nak membebel hal-hal semasa yang berlaku pada diri, nak share pengalaman sehari-hari pun tak ada. Blank. Kosong.
Cumanya. Aku ni la. Akhir-akhir ni. Susah nak kawal marah. Temper kata orang puteh. Tak boleh jadi ni. Tak tipu. Kalau tak tunjukkan pun marah tu, hati ni ha. Berperang. Tahan..tahan.
Tak best la marah-marah ni sebenarnya. Nampak cepat tua. Oh, tidak.
Ramadhan dah nak dekat. Risau sungguh. Tak prepare apa pun. Amalan macam menyusut. Ya Allah. Kawan-kawan, doakan aku yek. Korang kan sufi-sufiah. tambah-tambah lagi Basyi
Ha, pasal konvo. Sori la kengkawan. Aku kurang excited sikit dengan konvo-konvo ni. Tambah lagi, skroll itu kosong. Zaman aku konvo tahun lepas pun, baju baru konvo pun baru siap pagi nya. Nasib sidang konvo petang. Atas pentas siap boleh fikir, kerja yang tak siap-siap lagi. Konvo itu hanya simbolik.
Ha, sebut pasal konvo. Aku nak kaitkan dengan marah. Ada la seorang kawan aku mesej. Tak pergi ke KL untuk raikan kawan-kawan konvo. Hai...memang bikin aku panas. Aku kat sini huru-hara, nak raikan orang konvo lagi. Aku ni dah kerja kot. Cuti ada limit. Serius. Benggang. Selalu ditanya soalan tak logik. Tolong la. Jangan tanya soalan yang kurang cerdik lain kali. Memang bisa bikin hangit satu badan. [aku harap sangat sahabat aku itu baca pos ini]
Ok la. Memang macam ni. Bila awal-awal tak de idea. Hujung-hujung banyak pulak perenggan beliau ni.
Ok lah. Sekian. Tata.
Wassalam.
Saja nak share gambar tahun lepas.
Petua: Jangan ucap TQ pada Cansellor. Ia akan mencacatkan gambar anda. Smile. Its enough!
Hati-hati melangkah.
1 ulasan:
pegi je kat sini alia.. http://webcast.um.edu.my/live.php siap tgk live lagi.. kire raikan gk la tu.. zaman IT beb~ hehe..
Catat Ulasan